Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan individu dan keluarga.

Rawatan Kesihatan Am

Perkhidmatan rawatan kesihatan am merangkumi penilaian, diagnosis dan rawatan masalah kesihatan fizikal secara menyeluruh dan profesional.

  • Konsultasi kesihatan am

  • Penilaian simptom & rawatan susulan

  • Rawatan penyakit kronik

Rawatan Kesihatan Mental

Kami menyediakan sokongan kesihatan mental yang selamat dan dipercayai, dengan fokus kepada kesejahteraan emosi, psikologi dan hubungan sosial individu.

Pasukan profesional Klinik Yara menyediakan kaunseling dan terapi

Konsultasi Doktor

Perkhidmatan konsultasi doktor di Klinik Yara memberi fokus kepada penilaian dan rawatan kesihatan mental secara profesional dan menyeluruh.

Dalam sesi ini, doktor akan membantu anda:

• Menilai simptom emosi dan psikologi secara klinikal
• Membuat diagnosis berdasarkan penilaian menyeluruh
• Mengenal pasti punca kesukaran yang dihadapi
• Memberi penerangan jelas tentang keadaan kesihatan mental anda
• Mencadangkan pelan rawatan yang bersesuaian (termasuk ubat jika perlu)
• Membuat rujukan kepada psikoterapi atau kaunseling untuk sokongan berterusan

Setiap konsultasi dijalankan dalam suasana yang selesa dan menyokong, supaya anda berasa didengar, difahami, dan yakin sepanjang proses rawatan.

kaunselor wanita sedang melakukan kaunseling di klinik yara

Kaunseling

Perkhidmatan kaunseling oleh kaunselor yang berpengalaman dan berdaftar memberi ruang selamat untuk anda meluahkan perasaan, memahami diri, dan mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran emosi dan kehidupan.

Dalam sesi kaunseling, kaunselor profesional akan membantu anda:

• Meneroka perasaan, pemikiran, dan pengalaman hidup dengan sokongan penuh empati
• Mengenal pasti corak atau isu yang mempengaruhi kesejahteraan emosi anda
• Membina kemahiran daya tindak dan strategi pengurusan emosi
• Menetapkan matlamat peribadi ke arah perubahan yang lebih positif
• Mendapat sokongan berterusan mengikut keperluan individu

Perkhidmatan kaunseling yang disediakan (fizikal & online):

• Kaunseling individu
• Kaunseling pasangan & keluarga
• Sokongan emosi secara teks (text support)

pesakit membuat saringan kesihatan mental di klinik yara

Saringan Kesihatan Mental

  • Kenal pasti tanda awal tekanan emosi, kebimbangan, kemurungan, atau kesukaran psikologi.

  • Menilai tahap kesejahteraan mental menggunakan kaedah profesional.

  • Fahami keadaan emosi & psikologi anda dengan jelas.

  • Konsultasi ringkas bersama kaunselor profesional untuk penerangan keputusan.

  • Rancang sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan individu.

Sesuai untuk:
Individu yang ingin memahami kesihatan mental mereka atau sebagai langkah awal sebelum rawatan lanjut.

seorang kaunselor sedang melakukan terapi bersama klien di klinik yara

Psikoterapi (online)

Psikoterapi di Klinik Yara merupakan proses terapi berstruktur yang membantu anda memahami corak pemikiran, emosi, dan tingkah laku, seterusnya membina perubahan yang lebih sihat dan berkekalan.

Sesi psikoterapi dijalankan oleh Clinical Psychologist terlatih dalam suasana yang selesa dan menyokong, dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut keperluan individu.

seorang doktor lelaki child psychiatrist sedang melakukan konsultasi dan penilaian terhadap kanak- kanak

Child Psychiatry (Psikiatri Kanak-Kanak)

Pakar psikiatri kanak-kanak hadir secara berkala di Klinik Yara untuk:

  • Menilai perkembangan emosi & mental anak anda.

  • Membuat diagnosis dan merancang rawatan untuk gangguan mental.

  • Memberi sokongan praktikal & strategi untuk keluarga.

Contoh keadaan yang dinilai:

  • ADHD / kesukaran fokus

  • Gangguan kebimbangan / stres

  • Depresi / perubahan mood drastik

  • Autism Spectrum Disorder (ASD)

  • Masalah tidur atau tingkah laku luar biasa

  • Kesukaran pembelajaran / sosial

Perlukan Bantuan atau Ingin Membuat Temujanji?

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menetapkan sesi konsultasi bersama pengamal kami.

Scroll to Top